Sunday, 10 October 2021

RESEPI GULAI UDANG DENGAN PEGAGA

Gulai atau masak lemak ialah masakan mengandungi daging, ikan dan sebagainya berbumbu kaya rempah antara lain kunyit, ketumbar, lada, lengkuas, halia, cili merah, bawang merah, bawang putih, adas, pala, serai, kayu manis dan jintan yang dihaluskan, dicampur, kemudian dimasak dalam santan.Masakan ini diperkenalkan orang-orang Minangkabau yang merantau dari Sumatera Barat dan tersebar ke kawasan sekitar khususnya di Malaysia, Singapura dan Brunei. Gulai biasanya disajikan bersama nasi panas, akan tetapi terdapat beberapa resipi seperti gulai kambing dapat dihidangkan bersama roti canai.

BAHAN-BAHAN:
  • 1 ikat pucuk pegaga
  • udang besar 1/2 kg
  • bawang merah
  • bawang putih
  • serai,garam,kunyit
  • santan cair
  • santan pekat
  • asam keping
  • tomato 2 biji (belah 2 atau 4)
  • cili merah 1 ulas (hiris panjang)
  • cili api

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Bersihkan pucuk pegaga dan tos(buang akar kalau x suka)
  2. Udang dibuang kepala dan ekor sahaja.
  3. Bersih dan toskan udang.
  4. Tumbuk cili api bersama bawang merah dan bawang putih.
  5. Jerang santan cair bersama bahan tumbuk.
  6. Bubuh garam,kunyit,asam keping dan serai.
  7. Masak kuahnya dahulu.
  8. Setelah menggelegak,masukkan pucuk pegaga.
  9. Kacau dan masukkan pula udang.
  10. Masukkan santan pekat,tomato dan cili merah.
  11. Rasa garamnya dan angkat 5/8 minit kemudian.

 

No comments:

Post a Comment