Sunday, 10 October 2021

RESEPI GULAI DAGING TETEL

Gulai atau masak lemak ialah masakan mengandungi daging, ikan dan sebagainya berbumbu kaya rempah antara lain kunyit, ketumbar, lada, lengkuas, halia, cili merah, bawang merah, bawang putih, adas, pala, serai, kayu manis dan jintan yang dihaluskan, dicampur, kemudian dimasak dalam santan.[ Masakan ini diperkenalkan orang-orang Minangkabau yang merantau dari Sumatera Barat dan tersebar ke kawasan sekitar khususnya di Malaysia, Singapura dan Brunei. Gulai biasanya disajikan bersama nasi panas, akan tetapi terdapat beberapa resipi seperti gulai kambing dapat dihidangkan bersama roti canai.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging tetel (direbus hingga lembut)
  • ubi kentang Dipotong  4
  • 1bungkus rempah kari daging ( saya guna rempah Babas)
  • 2 mangkuk santan (santan pekat 1, santan cair 1)
  • garam secukup rasa
  • sedikit air rebusan daging
  • minyak untuk menumis

 

BAHAN TUMBUK:

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih

 

BAHAN TUMIS:

  • 2 ulas bawang merah - dimayang
  • 1 ulas bawang putih - dimayang
  • 1 inci halia - dimayang
  • 1 tangkai daun kari
  • Bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Perapkan daging tetel dgn rempah kari, air rebusan daging dan bahan tumbuk.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan.
  3. Masukkan daging yg telah diperap dan ubi kentang. Kacau rata.
  4. Apabila kentang dah empuk, dan masakan dah naik minyak, masukkan santan dan garam secukup rasa.
  5. Masak dgn api yg perlahan sehingga santan mendidih lebih kurang 5 minit.
  6. Siap bolehlah dihidangkan

No comments:

Post a Comment