Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Pakistan, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.
Istilah curry (yang bermaksud "rendidih") wujud dalam bahasa Inggeris sebelum ketibaan pedagang-pedagang British ke subbenua India, dan mungkin dipergunakan oleh mereka untuk merujuk kepada sebarang hidangan yang dianggap mereka seolah-olah rendidih. Istilah ini kini digunakan dengan lebih longgar, khususnya di dunia Barat untuk merujuk kepada hampir semua hidangan berasaskan sos dan rempah yang dimasak dengan berbagai-bagai gaya Asia Selatan dan Asia Tenggara. Di Kerala, walaupun setiap kari mempunyai nama yang khusus, namun setiap hidangan sampingan masih dirujuk sebagai "kari" secara kelaziman sejarah.
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ikan Tuna @ 500 gram , kerat ikut suka, bersih dan toskan
- 10 batang bendi muda, cuci dan toskan
- 2 biji tomato, belah 3 setiap biji
- 1 cawan santan
- 1/2 cawan jus asam jawa
- 3 1/2 camca besar rempah kari ikan
- 1 camca besar penuh cili kisar
- 4 biji bawang merah, kisar halus
- 3 ulas bawang putih, kisar halus
- 1 kiun ikan bilis "maggi" (optional)
- 1 inci halia, kisar halus
- Air secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMIS
- 3 biji bawang merah, hiris
- 2 ulas bawang putih, hiris
- 2 tangkai daun kari, dilurut
- 1 camca teh halba campur
PROSES PENYEDIAAN
- Bancuh rempah kari dengan 1/2 cawan air bersama bawang merah dan putih kisar, kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing.
- Masukkan rempah kari, tumis hingga terbit minyak, gunakan api kecil dan kacau selalu.
- Tuang air, kacau dan biar mendidih.
- Masukkan ikan, kiub ikan bilis (jika guna) dan bendi, kacau perlahan dan bila mendidih, masukkan jus asam jawa dan juga santan.
- Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga bendi lembut.
- Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap, rasa dan jika da ok boleh matikan api. Siap
No comments:
Post a Comment