Tuesday, 21 May 2019

RESEPI GULAI TEMPOYAK UDANG + PETAI

BAHAN-BAHAN

20 ekor udang sederhana besar
1-2 papan petai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3-5 sudu besar tempoyak 
5-10 biji cili padi (kalau tak suka pedas kurangkan)
Air (untuk pekat atau cairkan kuah jika perlu)
1 inci kunyit hidup 
2 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa

CARA-CARANYA
1. Kupas kulit udang, basuh dan toskan.

2. Tumbuk atau kisar bawang merah,bawang putihvcili padi dan juga kunyit hidup

3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama tempoyak dan juga air. Biar hingga menggelegak dan kuah likat mengikut tahap yang anda gemari.

4. Kecilkan api dan masukkan udang, petai, garam dan gula sekiranya perlu. Masukkan juga daun kunyit yang telah dibasuh dan telah dihiris nipis atau disiat dua sahaja. Biar mereneh seketika. Masukkan garam dan gula secukup rasa




No comments:

Post a Comment