Wednesday, 22 May 2019

SAMBAL LOKAN

BAHAN-BAHAN
1 - 2 cawan isi lokan
1 cawan cili kisar
1 inci belacan + 1/2 cawan air, larutkan
3 ulas bawang putih, dititik
1 biji bawang besar, hiris kasar
1/2 inci halia, dititik
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan halia, cili kisar, masukkan belacan, kacau rata dan masak hingga cili garing.

2. Tuang jus asam jawa dan masukkan garam dan gula secukup rasa.Masak hingga mendidih dan masukkan lokan, kacau rata dan biar kuah pekat.

3. Rasa dan jika ok boleh matikan api.siap

No comments:

Post a Comment