BAHAN BAHAN
500 gm lokan - dibersihkan dan toskan
3 batang serai - dipotong serong
3 ulas bawang putih - diketuk
1in halia - dipotong panjang
5 biji cili api - diketuk/dihiris serong
1 sb sos tiram
1 biji bawang besar - dipotong bulat
daun bawang, tomato ceri/tomato biasa
garam dan gula utk perasa
2 sb minyak
CARA MASAK
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.
3. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
4. Kacau sebati dan masukkan lokan. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lokan terbuka.
5. Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air.
6. Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
7. Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi putih.
No comments:
Post a Comment