BAHAN-BAHAN
4 ekor udang galah saiz besar - kepala besar
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
8 sudu besar cili kisar
4 sudu besar cili sos
3 sudu besar tomato sos
sos ikan nampla secukup rasa
Air asam jawa secukupnya - jika perlu
gula secukup rasa - jika perlu
BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT
1
ulas bawang putih
3
biji bawang merah
1
sudu kecil belacan bakar
CARA MEMASAK :
1.
Berrsihkan udang serta digaul dengan garam serta kunyit kemudian digoreng
sehingga masak tapi jangan terlalu garing kemudian di angkat dan ditos .
2. Panaskan
minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan
kacau sampai layu kemudian masukkan cili kisar secukupnya . Kacau semua bahan
dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak . Jika sambal nampak kering
boleh ditambah minyak masak lagi.
3. Masukkan
bawang besar , gula dan dikacau sekali sekala semua bahan. Masukkan cili sos
dengan tomato sos jika kurang masam baru ditambah air asam jawa kemudian terus
kacau sambal . Masukkan 1 sudu kecil gula dalam sambal ni untuk bagi seimbang
dgn rasa pedas kalau suka sambal manis boleh ditambah lagi gula . kacau semua
bahan dan boleh dirasa jika ada bahan kurang boleh ditambah ikut selera sendiri
.
4. Bila
sambal dah masak serta pecah minyak baru la boleh dimasukkan Udang. Siap
No comments:
Post a Comment