BAHAN BAHAN
UNTUK PEMERAPAN ISI
AYAM (30MINIT)
1
kg. bahagian dada Ayam yang dibuang kulit dan tulang, di potong dadu sederhana.
1
sudu teh (tsp) Serbuk Cili.
1/2
serbuk lada hitam.
Garam
secukup rasa.
BAHAN UNTUK MENGORENG
2
biji putih telur.
2
sudu besar (tbsp) tepung jagung.
2
sudu besar (tbsp) tepung gandum.
Minyak
Masak untuk goreng.
Garam
secukup rasa.
BAHAN UNTUK MEMASAK:
1/2
cawan ‘yogurt’ / butter Milk.
1
sudu kecil (tsp) perwarna oren (orange colour).
1
sudu besar (tbsp) pes halia.
1
sudu besar pes bawang putih.
2
sudu besar (tbsp) minyak masak.
1
sudu besar (tbsp) jus lemon.
Bawang
Goreng untuk taburkan di hidangan siap.
CARA-CARA MEMASAK
1.
Potong isi ayam bahagian dada dadu yang bersize nugget. Masukan serbuk cili,
serbuk lada hitam dan garam. Gaulkan dan peram selama 30minit.
2.
Selepas jangka waktu peram, masukkan tepung jagung, tepung gandum, dan putih
telur. Adun rata.
3.
Panaskan minyak dalam kuali untuk gorengan. Goreng sehingga ketulan ayam masak
sehingga berwarna keperangan. Jangan masukkan sekali longgok isi ayam dalam
kuali. Goreng sedikit demi sedikit. Tapis minyak dan asingkan.
4.
Panaskan kuali yang telah bersihkan dan masukkan 2 sudu besar minyak masak yang
baru. Apabila minyak jadi panas masukkan pes bawang putih dan pes halia. goreng
sehingga warnanya bertukar keperangan (jangan sampai hangus pulak).
5. Kecilkan
api dapur. Masukkan yogurt, pewarna oren dan garam secukup rasa. Biarkan
sehingga mendidih. Selepas mendidih. Masukkan isi ayam yang telah digoreng dan
kacau rata. Besarkan sedikit apai dapur dan Masak ketulan ayam ini sehingga
kuahnya kering. Awas!, perlu sentiasa kacau, jika tidak hangus nanti.
6.
Matikan api dapur dan masukkan air lemon. Kacau rata. Hidangan anda telah siap.
Boleh dihiaskan dengan cili hijau dan taburkan bawang goreng di atas hidangan
anda. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment