Tuesday, 21 May 2019

RESEPI UDANG MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN
1/2 kg udang basah (dibersihkan)
2-3 sb cili kering kisar
5 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1/2 inci lengkuas (dikisar)
1 batang serai (diketuk)
3 sb sos cili
1 sb sos tomato
1 sudu makan kicap masin/manis
1 sb sos tiram
garam dan gula secukupnya
1 labu bawang besar (dimayang)
1 biji cili merah (dihiris)

CARA PENYEDIAAN
1. Tumiskan bahan2 kisar dan serai sehingga terbit bau. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap dan sos tomato. Tambahkan sedikit air dan kacau perlahan.

2. Masukkan udang, bawang besar, cili merah dan sedikit air. Kacau rata-rata.

3. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment