RESEPI UDANG GALAH MASAK TELUR MASIN
BAHAN BAHAN350 gm udang galah
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
minyak
3 sudu udang kering direndam dan dicincang halus
3 sudu besar butter
3 biji bwg putih - di cincang
9 - 10 bj cili padi ~ dihiris serong
2 tangkai daun kari
2 biji telur masin ~ direbus sehingga masak
1 sudu kecil gula
5 sudu besar susu segar
PROSES PENYEDIAAN
Rebus dan Asingkan putih telur ( Ambil yang kuning sahaja) hancurkan kuning telur ketika masih panas
Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit.
Goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak)
Panaskan butter dalam kuali kemudian tumis bawang putih, cili padi dan daun kari.
Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari,udang kering dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi.
Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sbb dah ada rasa masin dari telur masin)
Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment