Monday, 19 October 2020

RESEPI SOTONG PHAT PHET

Masakan Thailand adalah masakan kebangsaan Thailand. Masakan Thailand meletakkan emfasis pada hidangan dihidang ringan dengan komponen aromatik kuat. Masakan Thailand dikenali dengan menjadi pedas. Keseimbangan, perincian dan kepelbagain adalah penting dengan masakan Thailand. Masakan Thailand dikenali dengan keseimbangan lima perisa asas dalam setiap hidangan atau makanan keseluruhan: pedas, masan, manis, masin, dan pahit (sebagai pilihan)

BAHAN A (KISAR/BLENDER KASAR)

  • Cili api/cili merah - ikut kepedasan sendiri
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Belacan
  • Lada hitam- letak sikit ja
  • *Kuantiti bahan bgantung kepada kuantiti sotong...


BAHAN B

  • Sotong
  • Asam keping
  • 1batang serai (titik)
  • Sedikit garam dan gula
  • Daun limau purut
  • Bahan sayur ( kalu tak letak pun tak pe)
  • Kacang panjang
  • Carrot
  • Bunga kobis


PROSES PENYEDIAAN

  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukan serai yg di titik sehingga naik bau dan pecah minyak... setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air(jgn terlampau bny)
  • Kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam serta gula...
  • Akhir sekali masukkan kacang panjang, carrot, bunga kobis... kacau rata dan biarkan layu sedikit, pastu angkat...
  • Siap dan hidangkan dgn nasi panas


No comments:

Post a Comment