Kerang-kerangan merupakan istilah
masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu
moluska, krustasia dan ekinoderma. Sesetengah invertebrat bercangkerang ini
hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.
BAHAN BAHAN
- 1/2 kilo Kupang
- 1 biji santan kelapa
- 2 batang serai dititik
- 2 keping asam keeping
- 1 sudu serbuk perasa ayam
- Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN DIKISAR LUMAT:
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 inci halia
- 1 biji cili padi merah
- 3 biji cili padi hijau
- 1 biji cili merah
- 5 gm belacan
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Basuh kupang sehingga bersih.
- Laraskan api sederhana dan masukkan santan dalam periuk.kacau sebentar dan
- Masukkan bahan2 yang dikisar tadi. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah ditambah air. Masukkan serbuk perisa ayam, asam keping, dan garam secukupnya.
- Selepas itu bolehlah dimasukkan kupang dan kacau rata. Masak sehingga kuah mendidih dan kupang masak.
No comments:
Post a Comment