Monday, 19 October 2020

RESEPI KUPANG MASAK SAMBAL

Kerang-kerangan merupakan istilah masakan yang merujuk kepada invertebrat akuatik yang boleh dimakan, iaitu moluska, krustasia dan ekinoderma. Sesetengah invertebrat bercangkerang ini hidup di dalam air, sama ada di sungai dan tasik ataupun di laut.

BAHAN BAHAN

  • 500gm kupang yg telah dibersihkam,direbus & dikopek
  • 5 senduk cili kisar
  • 2 biji bawang besar - kisar/ tumbuk
  • 1 ulas bawang putih - kisar/ tumbuk
  • 2 sudu kecil belacan- kisar/ tumbuk
  • Air asam jawa
  • Gula
  • Garam

 

CARA PENYEDIAAN :

  • Panaskan minyak.
  • Tumiskan bahan-bahan kisar.
  • Sehingga cili benar benar garing dan masak.
  • Masukkan sedikit gula.
  • Kacau rata dan masukkan air asam jawa serta garam.
  • Masukkan kupang.
  • Sesuaikan rasa dan kepekatan.
  • Angkat dan hiaskan dalam pinggan.
  • Siap dihidangkan.

No comments:

Post a Comment