Monday, 19 October 2020

KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE

Walaupun shahe fen dan he fen adalah transliterasi berdasarkan Mandarin, terdapat banyak transliterasi lain berdasarkan Kantonis,termasuk ho fen, hofen, ho-fen, ho fun, ho-fun, hofoen (transliterasi Belanda di Suriname), hor fun, hor fen, sar hor fun, dan lain-lain. Di samping itu, shahe fen sering bersinonim dipanggil kway teow (粿條), harfiah "jalur kek beras", transliterasi berdasarkan Cina Min Nan, POJ: kóe-tiâu) atau guotiao (pinyin: guǒtiáo; transliterasi yang sepadan bagi Mandarin), seperti dalam nama hidangan yang dipanggil char kway teow. Walau bagaimanapun, shahe fen dan kway teow adalah dengan tegas dan secara teknikal tidak sama (yang terkemudian pada asasnya kek beras dihiris kepada jaluran) dan orang Min Nan secara umum masih sedar membuat perbezaan antara shahe fen dan kway teow dalam ucapan mereka. Kek atau jalur beras asal yang adalah sangat liat teksturnya (walaupun selepas memasak), menjadikannya tidak popular dengan pengguna moden.

Ia juga dikenali di Sabah sebagai da fen (大粉), bermakna "bihun lebar", kerana persamaan warna dan tekstur dengan bihun. Mi ini dipanggil guay tiew sen yai (Bahasa Thai: เส้นใหญ่, yang bermaksud "mi beras besar") di Thailand, dan kwetiau di Indonesia.

Kuey Teow Goreng Chinese Style. Boleh cuba masakan cina ini dengan sediakan bahan2 seperti di bawah:


BAHAN BAHAN A

  • 1/2 kg kuey teow
  • 3 biji telur - pukul hancur sahaja


BAHAN BAHAN B

  • 5-7 ulas bawang putih - cincang halus
  • Udang dan sotong jika suka
  • minyak secukupnya untuk menumis


BAHAN BAHAN C

  • 1/2 sdm sos tiram
  • 1/2 sdt kicap cair
  • 1sdt kicap pekat manis - Sue tambah
  • 1/2 sdt kicap pekat - untuk warna sahaja
  • 1/2 sdt pitis otak udang - Sue tambah
  • 1 sdm sos cili - Sue tambah
  • Tauge secukupnya
  • Daun kucai jika suka


PROSES PENYEDIAAN

  • Tumis bahan (B), bawang dahulu sehinnga kuning dan masukan udang. Biarkan sekejap sehinnga udang bertukar warna.
  • Kemudian masukan bahan (A) kuey teaw terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur. Biarkan sekejap sehinnga telur kering.
  • Kemudian masukan bahan (C) dan goreng lagi sehinnga sebati pada mee dan akhir sekali masukan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.
  • *Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teaw tidak hancur*



No comments:

Post a Comment