Tuesday 2 November 2021

RESEPI NANGKA MASAK LEMAK CILI API

Nangka (Artocarpus heterophyllus or A. heterophylla merupakan spesies pokok dalam keluarga Moraceae serumpun dengan kertau dan bertaburan asal di Asia Tenggara dan Selatan. Ia merupakan pokok kebangsaan Bangladesh. Pokok Nangka juga didapati di Afrika Timur contohnya. Di Uganda dan Mauritius, termasuk juga dikeseluruhan Brazil. Nama botaninya Artocarpus heterophyuus Lam.  Ia sangat sesuai dengan tanah rendah tropika. Pokok Nangka merupakan pokok kayu berbuah terbesar di dunia, mencapai 80 paun (36 kg) berat dan panjang melebihi 36 inci (90 cm) dan 20 inci (50 cm) dalam diameter.

Pokoknya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Nangka banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Tumbuhan ini berasal dari India dan Asia Tenggara

Isi nangka adalah berkanji, berfiber, dan merupakan sumber fiber makanan. Rasanya menyamai tat pisang. Pelbagai jenis nangka dibezakan menurut ciri-ciri isi buah. Di Brazil, tiga jenis diakui. Ini adalah: jaca-dura, atau jenis "keras", yang memiliki isi keras dan buah terbesar dengan berat sekitar 15 dan 40 kilogram setiap satu; jaca-mole, atau jenis "lembut", yang memiliki buah lebih kecil, dengan isi lebih lembut dan manis; dan jaca-manteiga, atau jenis "mentega", yang memiliki buah manis, yang isinya antara jenis "keras" dan "lembut". Di Malaysia jenis yang popular adalah nangka bubur dan nangka biasa. 

BAHAN BAHAN

  • 1 biji 1/2 nangka muda saiz kecil
  • 2 labu besar bawang merah - tumbuk
  • 5 ulas bawang putih - tumbuk
  • Segenggam ikan bilis - tumbuk kasar
  • 3 tangkai cili-tumbuk
  • 1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
  • @ serbuk kunyit
  • 1 inci halia - tumbuk
  • 1 kotak santan kecil
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 helai daun kunyit - dipotong
  • Garam

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Potong kecil-kecil nangka muda dan cuci. Kemudian rebus hingga separuh lembut. Letak minyak masak sikit. Cucuk dengan garfu untuk tahu samada nangka dah lembut @ keras. Kalau masih keras, biarkan lagi.
  2. Tumis bahan yang ditumbuk tadi di dalam periuk. Tambahkan air & masukkan nangka.
  3. Masukkan santan dan biarkan mendidih. Kalau guna serbuk kunyit boleh lah dimasukkan waktu ini dan kacau rata.
  4. Akhir sekali masukkan garam dan matikan api. Nota: Boleh juga masukkan kaki @ leher ayam. Ada juga yang suka letak udang @ seafood lain. Terpulang pada citarasa masing-masing. Bahan-bahan ni boleh dimasukkan sebelum ditambah santan & semestinya pastikan ianya lembut dahulu, baru lah ditambah santan.


No comments:

Post a Comment