Tuesday, 2 November 2021

RESEPI KARI NANGKA MUDA IKAN MASIN

Nangka (Artocarpus heterophyllus or A. heterophylla merupakan spesies pokok dalam keluarga Moraceae serumpun dengan kertau dan bertaburan asal di Asia Tenggara dan Selatan. Ia merupakan pokok kebangsaan Bangladesh. Pokok Nangka juga didapati di Afrika Timur contohnya. Di Uganda dan Mauritius, termasuk juga dikeseluruhan Brazil. Nama botaninya Artocarpus heterophyuus Lam.  Ia sangat sesuai dengan tanah rendah tropika. Pokok Nangka merupakan pokok kayu berbuah terbesar di dunia, mencapai 80 paun (36 kg) berat dan panjang melebihi 36 inci (90 cm) dan 20 inci (50 cm) dalam diameter.

Pokoknya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Nangka banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Tumbuhan ini berasal dari India dan Asia Tenggara

Isi nangka adalah berkanji, berfiber, dan merupakan sumber fiber makanan. Rasanya menyamai tat pisang. Pelbagai jenis nangka dibezakan menurut ciri-ciri isi buah. Di Brazil, tiga jenis diakui. Ini adalah: jaca-dura, atau jenis "keras", yang memiliki isi keras dan buah terbesar dengan berat sekitar 15 dan 40 kilogram setiap satu; jaca-mole, atau jenis "lembut", yang memiliki buah lebih kecil, dengan isi lebih lembut dan manis; dan jaca-manteiga, atau jenis "mentega", yang memiliki buah manis, yang isinya antara jenis "keras" dan "lembut". Di Malaysia jenis yang popular adalah nangka bubur dan nangka biasa. 

BAHAN BAHAN

  • 1 biji nangka muda
  • 8 ekor ikan masin duri
  • 1 kotak (250 ml) santan
  • 4 sdb rempah kari ikan masin
  • Asam keping 3
  • 1 sdt garam

 

BAHAN TUMIS

  • 1 sdt jintan manis
  • 1 sdt jintan putih
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 3 pelepah daun kari
  • 5 sdb minyak masak
  • 4 biji cili kering

 

PROSES PENYEDIAAN

Kupas kulit...potong dan rebus nangka hingga lembut

Bancuh rempah kari dengan 2 cawan air...didih hingga rempah masak

Rendam ikan masin

Setelah rempah masak...masukkan ikan masin dan nangka..gelogoh hingga ikan masin elok lembut...masukkan asam keping dan santan..

Sementara itu..tumis bahan² dalam gambar tu..kemudian setelah elok wangii...masukkan ke dalam kuah yang siap dimasak...siappp


No comments:

Post a Comment