Tuesday, 2 November 2021

RESEPI SERAWA NANGKA

Nangka (Artocarpus heterophyllus or A. heterophylla merupakan spesies pokok dalam keluarga Moraceae serumpun dengan kertau dan bertaburan asal di Asia Tenggara dan Selatan. Ia merupakan pokok kebangsaan Bangladesh. Pokok Nangka juga didapati di Afrika Timur contohnya. Di Uganda dan Mauritius, termasuk juga dikeseluruhan Brazil. Nama botaninya Artocarpus heterophyuus Lam.  Ia sangat sesuai dengan tanah rendah tropika. Pokok Nangka merupakan pokok kayu berbuah terbesar di dunia, mencapai 80 paun (36 kg) berat dan panjang melebihi 36 inci (90 cm) dan 20 inci (50 cm) dalam diameter.

Pokoknya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Nangka banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Tumbuhan ini berasal dari India dan Asia Tenggara

Isi nangka adalah berkanji, berfiber, dan merupakan sumber fiber makanan. Rasanya menyamai tat pisang. Pelbagai jenis nangka dibezakan menurut ciri-ciri isi buah. Di Brazil, tiga jenis diakui. Ini adalah: jaca-dura, atau jenis "keras", yang memiliki isi keras dan buah terbesar dengan berat sekitar 15 dan 40 kilogram setiap satu; jaca-mole, atau jenis "lembut", yang memiliki buah lebih kecil, dengan isi lebih lembut dan manis; dan jaca-manteiga, atau jenis "mentega", yang memiliki buah manis, yang isinya antara jenis "keras" dan "lembut".Di Malaysia jenis yang popular adalah nangka bubur dan nangka biasa. 

BAHAN BAHAN

  • Nangka masak
  • Tepung pulut
  • Santan
  • Sagu
  • Daun pandan
  • Gula putih
  • Pewarna merah
  • Air

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Bancuhkan tepung pulut dgn sdikit air Gaul sampai sebati Dan masukkan pewarna(nk ltak warna apa Pon bole). Bulatkan kecil-kecil. Didih air sehingga mendidih Dan masukkan adunan yg dibulatkan tadi. Bila timbul terus angkat.
  2. Masukkan gula Dan air.Gula ikut suka manis. Saya letak dua senduk gula ja x mnis nnti bole tambah. Setelah mendidih masukkan nangka.
  3. Kemudian masukkan santan..Selepas itu boleh masukkan daun pandan, Dan sagu. Bila sagu sudah masak bolehlah msukkan bebola tepung pulut td.
  4. Tunggu mendidih Dan masukkan sedikit garam untuk Rasa lemak. Dan sedia untuk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment