Nangka (Artocarpus heterophyllus or A. heterophylla merupakan spesies pokok dalam keluarga Moraceae serumpun dengan kertau dan bertaburan asal di Asia Tenggara dan Selatan. Ia merupakan pokok kebangsaan Bangladesh. Pokok Nangka juga didapati di Afrika Timur contohnya. Di Uganda dan Mauritius, termasuk juga dikeseluruhan Brazil. Nama botaninya Artocarpus heterophyuus Lam. Ia sangat sesuai dengan tanah rendah tropika. Pokok Nangka merupakan pokok kayu berbuah terbesar di dunia, mencapai 80 paun (36 kg) berat dan panjang melebihi 36 inci (90 cm) dan 20 inci (50 cm) dalam diameter.
Pokoknya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Nangka banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Tumbuhan ini berasal dari India dan Asia Tenggara
Isi nangka adalah berkanji, berfiber, dan merupakan sumber fiber makanan. Rasanya menyamai tat pisang. Pelbagai jenis nangka dibezakan menurut ciri-ciri isi buah. Di Brazil, tiga jenis diakui. Ini adalah: jaca-dura, atau jenis "keras", yang memiliki isi keras dan buah terbesar dengan berat sekitar 15 dan 40 kilogram setiap satu; jaca-mole, atau jenis "lembut", yang memiliki buah lebih kecil, dengan isi lebih lembut dan manis; dan jaca-manteiga, atau jenis "mentega", yang memiliki buah manis, yang isinya antara jenis "keras" dan "lembut".Di Malaysia jenis yang popular adalah nangka bubur dan nangka biasa.
BAHAN BAHAN
- 7 ulas nangka madu (Nangka Madu lebih manis)
BAHAN
UNTUK PULUT:
- 1 cawan beras pulut (direndam semalaman atau 6 jam)
- 1 cawan air- untuk kukus pulut
- 1/2 cawan santan kotak (pekat)
- garam & gula- secukupnya
- Daun pandan (Pilihan)
BAHAN UNTUK KUAH SANTAN
- 2-3 ulas nangka potong kecil
- 1/2 kotak santan pekat
- Sedikit air
PROSES
PENYEDIAAN
- Penyediaan Pulut: Rendam pulut semalaman. Toskan pulut yang direndam,
- Saya guna periuk Noxxa (untuk kukus pulut): Masukkan beras pulut dan daun pandan. Masukkan air 1 cawan ; Guna fungsi ‘High Pressure’ selama 5 min. Selepas 5 minit, release pressure, buka penutup. Sedia untuk gaul santan.
- Penyediaan Santan pekat untuk gaul dengan pulut: Masuk 1/2 cawan santan pekat dalam bekas, campur 1 sb garam dan 2sb gula (secukup rasa).kacau hingga semua larut.
- Masukkan santan ke dalam pulut (dalam periuk), gaul terus dalam periuk sampai sebati (kering santannya). Selepas itu, guna fungsi ‘steam’ selama 3 minit.
PENYEDIAAN
NANGKA:
- Belah buang biji isi nangka, jangan belah terus, belah hanya separuh. Ambil pulut kepal-kepalkan dan masukkan dalam nangka tadi.
- Dah siap semua masuk nangka yang dah isi pulut ke dalam periuk dan kukus sekejap dalam 3-5 minit, untuk bagi nangka lembut sikit. Jangan lama nanti lembik tak sedap. Kalau suka nangka yang rangup tak perlu kukus.
- Penyediaan Kuah Santan: Kisar 1/2 kotak Santan pekat dengan 2-3 ulas isi nangka (agak-agak jangan banyak sangat).Tambah sedikit air jika perlu. Kisar halus. Tuang ke dalam periuk kecil.
- Letak atas dapur masak dengan api sederhana sampai pekat dan mendidih sekejap sahaja. Tutup api. Masuk gula garam ikut citarasa.
- Hidangkan dengan kuah santan.
No comments:
Post a Comment