Tuesday, 2 November 2021

RESEPI GULAI NANGKA TUMIS DARAT

Nangka (Artocarpus heterophyllus or A. heterophylla merupakan spesies pokok dalam keluarga Moraceae serumpun dengan kertau dan bertaburan asal di Asia Tenggara dan Selatan. Ia merupakan pokok kebangsaan Bangladesh. Pokok Nangka juga didapati di Afrika Timur contohnya. Di Uganda dan Mauritius, termasuk juga dikeseluruhan Brazil. Nama botaninya Artocarpus heterophyuus Lam.  Ia sangat sesuai dengan tanah rendah tropika. Pokok Nangka merupakan pokok kayu berbuah terbesar di dunia, mencapai 80 paun (36 kg) berat dan panjang melebihi 36 inci (90 cm) dan 20 inci (50 cm) dalam diameter.

Pokoknya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Nangka banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Tumbuhan ini berasal dari India dan Asia Tenggara

Isi nangka adalah berkanji, berfiber, dan merupakan sumber fiber makanan. Rasanya menyamai tat pisang. Pelbagai jenis nangka dibezakan menurut ciri-ciri isi buah. Di Brazil, tiga jenis diakui. Ini adalah: jaca-dura, atau jenis "keras", yang memiliki isi keras dan buah terbesar dengan berat sekitar 15 dan 40 kilogram setiap satu; jaca-mole, atau jenis "lembut", yang memiliki buah lebih kecil, dengan isi lebih lembut dan manis; dan jaca-manteiga, atau jenis "mentega", yang memiliki buah manis, yang isinya antara jenis "keras" dan "lembut".Di Malaysia jenis yang popular adalah nangka bubur dan nangka biasa.

BAHAN BAHAN

  • 1/2 biji nangka muda
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 2 mangkuk air
  • Segengam ikan bilis
  • 1 sudu besar garam
  • 1 biji bawang besar
  • 1 cawan santan

 

BAHAN TUMIS

  • 3 ulas bawang merah -dimayang
  • 2 ulas bawang putih -dimayang
  • 1 sudu teh halba campur
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 tangkai cili kering -hiris kasar
  • 1/2 senduk minyak masak

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Kisar bawang besar dan rempah kari bersama dgn secawan air.
  2. Masukkan nangka, rempah yg dikisar, ikan bilis. Tambahkan 2 mangkuk air. Masak sehingga nangka empuk.
  3. Parasakan dgn garam dan masukkan santan. Setelah mendidih, tutupkan api.
  4. Dikuali yg lain, panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, daun kari, cili kering dan halba sehingga wangi dan sedikit garing. Tuang bahan tumis kedalam gulai nangka tadi.
  5. Siap untuk hidangan.

No comments:

Post a Comment