Nangka (Artocarpus heterophyllus or A. heterophylla merupakan spesies pokok dalam keluarga Moraceae serumpun dengan kertau dan bertaburan asal di Asia Tenggara dan Selatan. Ia merupakan pokok kebangsaan Bangladesh. Pokok Nangka juga didapati di Afrika Timur contohnya. Di Uganda dan Mauritius, termasuk juga dikeseluruhan Brazil. Nama botaninya Artocarpus heterophyuus Lam. Ia sangat sesuai dengan tanah rendah tropika. Pokok Nangka merupakan pokok kayu berbuah terbesar di dunia, mencapai 80 paun (36 kg) berat dan panjang melebihi 36 inci (90 cm) dan 20 inci (50 cm) dalam diameter.
Pokoknya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Nangka banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Tumbuhan ini berasal dari India dan Asia Tenggara
Isi nangka adalah berkanji, berfiber, dan merupakan sumber fiber makanan. Rasanya menyamai tat pisang. Pelbagai jenis nangka dibezakan menurut ciri-ciri isi buah. Di Brazil, tiga jenis diakui. Ini adalah: jaca-dura, atau jenis "keras", yang memiliki isi keras dan buah terbesar dengan berat sekitar 15 dan 40 kilogram setiap satu; jaca-mole, atau jenis "lembut", yang memiliki buah lebih kecil, dengan isi lebih lembut dan manis; dan jaca-manteiga, atau jenis "mentega", yang memiliki buah manis, yang isinya antara jenis "keras" dan "lembut".Di Malaysia jenis yang popular adalah nangka bubur dan nangka biasa.
BAHAN BAHAN
- 15 biji nangka masak
- 2 cawan santan sederhana pekat
- 1 keping gula melaka
- 1 sudu besar gula pasir
- 1/2 siudu teh garam
- 1 helai daun pandan } simpulkan
- 1 sudu besar sagu biji }rendam sekejap
PROSES
PENYEDIAAN
- Panaskan santan bersama gula melaka, gula pasir, garam & daun pandan. Kacau sentiasa hingga gula larut & mendidih
- Setelah mendidih, masukkan nangka yg di hiris agak nipis. Kacau hingga nangka separuh lembut.
- Masukkan sagu yang telah direndam sekejap. Sagu selain dari pada buatkan pengat kita sedap, ia juga bertujuan untuk memekatkan kuah pengat kita. Masak hingga sagu bertukar menjadi jetnih.
- Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment