Tuesday, 2 November 2021

RESEPI RENDANG NANGKA MUDA

Nangka (Artocarpus heterophyllus or A. heterophylla merupakan spesies pokok dalam keluarga Moraceae serumpun dengan kertau dan bertaburan asal di Asia Tenggara dan Selatan. Ia merupakan pokok kebangsaan Bangladesh. Pokok Nangka juga didapati di Afrika Timur contohnya. Di Uganda dan Mauritius, termasuk juga dikeseluruhan Brazil. Nama botaninya Artocarpus heterophyuus Lam.  Ia sangat sesuai dengan tanah rendah tropika. Pokok Nangka merupakan pokok kayu berbuah terbesar di dunia, mencapai 80 paun (36 kg) berat dan panjang melebihi 36 inci (90 cm) dan 20 inci (50 cm) dalam diameter.

Pokoknya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Nangka banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Tumbuhan ini berasal dari India dan Asia Tenggara

Isi nangka adalah berkanji, berfiber, dan merupakan sumber fiber makanan. Rasanya menyamai tat pisang. Pelbagai jenis nangka dibezakan menurut ciri-ciri isi buah. Di Brazil, tiga jenis diakui. Ini adalah: jaca-dura, atau jenis "keras", yang memiliki isi keras dan buah terbesar dengan berat sekitar 15 dan 40 kilogram setiap satu; jaca-mole, atau jenis "lembut", yang memiliki buah lebih kecil, dengan isi lebih lembut dan manis; dan jaca-manteiga, atau jenis "mentega", yang memiliki buah manis, yang isinya antara jenis "keras" dan "lembut". Di Malaysia jenis yang popular adalah nangka bubur dan nangka biasa. 

BAHAN BAHAN

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 hiris lengkuas
  • 1 hiris halia
  • 2 batang serai
  • 4 biji cili api
  • 1 sudu teh biji ketumbar

 

Bahan lain

  • 1/2 kilo nangka muda siap direbus
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 sudu makan rempah kari ayam
  • 1 sudu mkn kerisik
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu Makan garam
  • 1 1/2 sudu mkn gula
  • 1 sudu teh perasa
  • Minyak utk menumis
  • 2 keping asam keeping

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Kisarkan bahan blender
  2. Masukkan minyak tumiskan lada kisar pastu masukkan bahan kisara tumiskan sehingga Garing. Pastu masukkan rempah kari masukkan air biarkan pecah minyak.
  3. Terus masukkan nangka muda kacau2 masukkan bahan perasa dan asam keping serta kerisik kacau2 biarkan mdidih
  4. Masukkan daun kunyit berserta, santan dan air. Kacau² biarkan sedikit kering. Klau perasa blum cukup, Tambahkan lagi. Selamat mencuba


No comments:

Post a Comment