Tuesday, 2 November 2021

RESEPI KERABU NANGKA KERISIK

Nangka (Artocarpus heterophyllus or A. heterophylla merupakan spesies pokok dalam keluarga Moraceae serumpun dengan kertau dan bertaburan asal di Asia Tenggara dan Selatan. Ia merupakan pokok kebangsaan Bangladesh. Pokok Nangka juga didapati di Afrika Timur contohnya. Di Uganda dan Mauritius, termasuk juga dikeseluruhan Brazil. Nama botaninya Artocarpus heterophyuus Lam.  Ia sangat sesuai dengan tanah rendah tropika. Pokok Nangka merupakan pokok kayu berbuah terbesar di dunia, mencapai 80 paun (36 kg) berat dan panjang melebihi 36 inci (90 cm) dan 20 inci (50 cm) dalam diameter.

Pokoknya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Nangka banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Tumbuhan ini berasal dari India dan Asia Tenggara

Isi nangka adalah berkanji, berfiber, dan merupakan sumber fiber makanan. Rasanya menyamai tat pisang. Pelbagai jenis nangka dibezakan menurut ciri-ciri isi buah. Di Brazil, tiga jenis diakui. Ini adalah: jaca-dura, atau jenis "keras", yang memiliki isi keras dan buah terbesar dengan berat sekitar 15 dan 40 kilogram setiap satu; jaca-mole, atau jenis "lembut", yang memiliki buah lebih kecil, dengan isi lebih lembut dan manis; dan jaca-manteiga, atau jenis "mentega", yang memiliki buah manis, yang isinya antara jenis "keras" dan "lembut". Di Malaysia jenis yang popular adalah nangka bubur dan nangka biasa. 

BAHAN BAHAN

  • 1/2 biji buah nangka saiz sederhana
  • 5 batang kacang botol -di potong kecik
  • 1 labu bawang besar - di mayang
  • 3-4 biji cili api
  • 3 sudu besar udang kering -di rendam 15 minit
  • 1 inci belacan
  • 3 sudu besar kerisik
  • 3-4 biji limau kasturi
  • 2 sudu besar gula @ secukup rasa
  • 2 sudu teh garam halus @ secukup rasa

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Kupas kulit nangka bahagian luar & potong nipis. Rendam 1/2 jam di dlm air garam. Rebus & buang air getahnya. Kemudian tambah air lain & rebus sekali lagi hingga nangka lembut
  2. Tumbuk cili api, udang kering & belacan. Kemudian, campur kerisik, gula & garam. Tumbuk hingga sebati
  3. Celur kacang botol sekejap di dlm air mendidih. Kemudian, campur semua bahan2 tumbuk, bawang & kacang botol bersama nangka. Kacau sebati
  4. Akhir sekali, perah limau & kacau. Siap di hidangkan..


No comments:

Post a Comment