Tuesday 2 November 2021

RESEPI BUBUR BIJI NANGKA ENAK

Nangka (Artocarpus heterophyllus or A. heterophylla merupakan spesies pokok dalam keluarga Moraceae serumpun dengan kertau dan bertaburan asal di Asia Tenggara dan Selatan. Ia merupakan pokok kebangsaan Bangladesh. Pokok Nangka juga didapati di Afrika Timur contohnya. Di Uganda dan Mauritius, termasuk juga dikeseluruhan Brazil. Nama botaninya Artocarpus heterophyuus Lam.  Ia sangat sesuai dengan tanah rendah tropika. Pokok Nangka merupakan pokok kayu berbuah terbesar di dunia, mencapai 80 paun (36 kg) berat dan panjang melebihi 36 inci (90 cm) dan 20 inci (50 cm) dalam diameter.

Pokoknya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Nangka banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Tumbuhan ini berasal dari India dan Asia Tenggara

Isi nangka adalah berkanji, berfiber, dan merupakan sumber fiber makanan. Rasanya menyamai tat pisang. Pelbagai jenis nangka dibezakan menurut ciri-ciri isi buah. Di Brazil, tiga jenis diakui. Ini adalah: jaca-dura, atau jenis "keras", yang memiliki isi keras dan buah terbesar dengan berat sekitar 15 dan 40 kilogram setiap satu; jaca-mole, atau jenis "lembut", yang memiliki buah lebih kecil, dengan isi lebih lembut dan manis; dan jaca-manteiga, atau jenis "mentega", yang memiliki buah manis, yang isinya antara jenis "keras" dan "lembut".Di Malaysia jenis yang popular adalah nangka bubur dan nangka biasa.

BAHAN BAHAN

  • 3 cawan tepung pulut
  • 5 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 cawan air daun pandan
  • (blend 1 cawan air + 2 helai daun pandan & tapiskan)
  • Sedikit air
  • Pewarna pink, hijau & kuning
  • 1/3 cawan sagu
  • 3 cawan air

 

KUAH SANTAN

  • 2 cawan santan pekat (saya guna santan kotak)
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan gula @ secukup rasa
  • 1/2 sudu teh garam @ secukup rasa
  • 1 helai daun pandan besar -di simpul

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Masak sagu hingga jernih. Alirkan pada air menggunakan penapis utk buang kanjinya. Ketepikan dulu
  2. Satukan tepung pulut, tepung gandum & garam. Tuang air daun pandan & air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yg agak lembut
  3. Bahagikan doh & campur pewarna. Gentel panjang2 dlm 2cm
  4. Didihkan air. Masukkan biji nangka. Kacau supaya ia tak melekat antara satu sama lain. Bila sudah timbul, bermakna biji nangka sudah masak
  5. Toskan & rendam di dlm air supaya biji nangka tak melekat antara satu lain
  6. Masak santan bersama gula, garam & daun pandan hingga mendidih. Masukkan biji nangka. Kacau
  7. Akhir sekali, campur sagu. Kacau sebati
  8. Siap di hidangkan suam2 atau sejuk2 dari peti ais.


No comments:

Post a Comment