Monday, 27 May 2019

RESEPI DAGING KAMBING MASAK MERAH



BAHAN BAHAN
1 kg daging kambing, dipotong mengikut suka
2 batang lobak merah, dipotong mengikut suka
1 tin kecil puri tomato
1 tin kacang pis, untuk tabur
2 biji bawang besar, ditumbuk halus dan asingkan
6 biji tomato, dipotong bulat
1 tin susu cair
1 tin kecil minyak sapi
Garam secukupnya
Daun sup

BAHAN KISAR
1 camca sedang ketumbar
1 camca teh jintan putih
10 tangkai cili merah

BAHAN-BAHAN TUMIS:
Cengkih
Pelaga
Kulit kayu manis

BAHAN-BAHAN PERAP, DIGILING:
1 labu bawang putih
3 sm halia

CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali.

2. Masukkan bahan-bahan tumis, jintan, ketumbar, bawang besar, cili merah, puri tomato serta daging yang diperap bersama bahan-bahan perap. Masak hingga daging empuk.

3. Masukkan lobak merah, susu cair, tomato dan garam.   Kacau hingga rata.

4. Apabila masak taburkan daun sup dan kacang pis. Selamat Menjamu Selera

No comments:

Post a Comment