BAHAN BAHAN
1 ekor ayam.
sedikit rempah kari utk ayam atau daging,
serbuk kunyit.
garam secukup rasa.
gula.
asam jawa.
minyak utk menggoreng.
cili kering yg dikisar lebih kurang 2 senduk.
bawang besar4 biji.
bawang putih 2 biji.
PROSES PENYEDIAAN
ayam dipotong 12 kemudian dibersihkan. gaulkan dgn garam, serbuk kunyit, serta rempah kari. perapkan sekejap dalam 10 minit. panaskan minyak dlm kuali dan goreng ayam jgn terlampau garing.
angkat sejukan .dlm bekas yg berasingan tumiskan bawang besar , cili kering dan bawang putih yg telah dikisar. tumiskan sehingga naik minyak, kemudian tambahkan garam, gula dan air asam jawa secukup rasa.
bila sudah mesra dan sebati masukkan ayam yg telah digoreng tadi. gaulkan rata didalam sambalnya sehingga betul2 sebati. angkat dan boleh lah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment